Aminah Assilmi

Aminah Assilmi (lahir sebagai Janice Huff, 1945 – 5 Mac 2010)[1] ialah seorang wartawan penyiaran Amerika, aktivis masyarakat Muslim[2], dan pengasas dan pengarah Kesatuan Wanita Muslim Antarabangsa[3]. Terdahulu, beliau merupakan pengkhutbah Baptis Selatan. Aminah memeluk agama Islam pada 1977 di kolej sementara mencuba untuk mengajak beberapa Muslim menyertai Kristian. Sebagai pengarah bagi Kesatuan Wanita Muslim Antarabangsa, beliau melawat kampus-kampus untuk membincangkan mengenai Islam. Beliau tersenarai dalam 500 orang Muslim berpengaruh di dunia pada 2009 oleh Pusat Kajian Strategi Islam Diraja, Amman, Jordan.[4] Dia mengatasi cabaran penting dalam proses penukaran agamanya, termasuk kes tahanan yang mempengaruhi sebuah perubahan dalam undang-undang negara Colorado, yang memberi kesan seseorang tidak dapat dinafikan hak penjagaan kerana agama[5].Aminah terlibat dalam penghasilan setem hari raya 2001[4]. Beliau juga terlibat dalam menubuhkan pusat pendidikan bagi penganut baharu agama Islam. Beliau muncul dalam filem dokumentari tahun 2005 mengenai wanita Muslim Amerika Utara terbitan Lembaga Filem Kebangsaan Kanada, "Me and the Mosque".[6]Aminah meninggal dunia pada 5 Mac 2010 dalam satu kemalangan kereta semasa pulang dari sebuah program di New York bersama-sama anak lelakinya[1]